Written by Administrator Saturday, 19 December 2009 11:50

Qortubah , 28 November - Biro Sukan PPMK, yang diketuai Jabir Soseiwei dan Liu Libin telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan antara pelajar-pelajar yang tinggal di Qortubah dan pelajar-pelajar dari Shuwaikh dan Khaitan, pada 28 November 2009 yang lalu. Perlawanan telah diadakan di padang bola Maahad Dini di Qortubah.

Perlawanan dimulakan agak lewat kerana padang bola berlopak-lopak kerana hujan di sebelah pagi dan petang. Kedua-dua pasukan saling mengasak pihak lawan, dan melakukan serangan bertubi-tubi bagi meraih kemenangan. Bagaimanapun, pasukan Qortubah telah memenangi perlawanan tersebut, selepas terikat 3 - 3 , dengan sepakan penalti selepas tamat separuh masa kedua.
| < Prev | Next > |
|---|