Written by Administrator Saturday, 19 December 2009 12:04
Qortubah 5 Disember - Biro Kebudayaan dan Tarbiyah PPMK diketuai Akh Che Ameir Hamdi dan Akh Pongpat Pulsawat telah mengadakan kursus Bahasa Arab khas untuk ahli-ahli PPMK yang belajar di peringkat Tamhid di Maahad Dini. Kursus yang bermula pada 5 Disember 2009 itu berterusan selama tiga minggu, setiap hari Sabtu, bermula jam 5.10 petang selepas solat maghrib.
Kursus itu diadakan di tingkat atas Masjid as-Sanad, Qortubah. PPMK telah mengundang Ustaz Mohamad Rajab untuk menjayakan kursus tersebut. Seramai 8 orang pelajar telah mengikuti kursus tersebut.
Kursus tersebut tamat pada 19 Disember 2009.
| < Prev | Next > |
|---|